TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 87)
Menu atas Kapal Terbang
Semua jenis kapalterbang akan menyediakan menu makanan & minuman atas kapal terbang. Cuma ada harga makanan sudah termasuk dalam harga tiket & ada yang belum. Anda kena beli kalau nak minum atau makan (contoh Air Asia & Fly Dubai).
Ada juga menu yang kecil & mungkin sekeping selalunya di klas ekonomi. Kalau menaiki klas bisnes, menu dicetak cantik macam di restoran. Kalau bernasib baik berada di klas pertama, menunya macam sebuah buku atau katalog. Anda juga mempunyai flexibiti pesan makanan anda sepanjang perjalanan tanpa had masa. Ini kes Emirates Airlines.
Memang best makan atas kapalterbang. Sebenarnya anda sedang dining atas langit. Inilah satu keunikan. Kadang2 walaupun makanan itu tidak seberapa di klas ekonomi, tapi keterujaan nak makan sentiasa tinggi. Kalau di klas ekonomi, makanan disediakan dalam tray. Kalau di klas bisnes atau pertama, semuanya dihidang kemas atas pinggan & piring. Lagi teruja.
Apakah saya buat dengan masa makan & menu ini? Saya amat teliti dalam soal ini. Bila saya sudah pasang niat tidak akan tidur sepanjang perjalanan @ perjalanan lama, saya akan makan di atas pesawat. Saya enjoy makan.Tapi kalau waktu penerbangan memang dah masa tidur & di waktu malam, saya akan makan awal2 di lounge. Saya tidak mahu makan atas pesawat kemudian tidur. Tak sihat.
Ini selalu berlaku dalam penerbangan pilihan saya dari Dubai ke KL jam 925 malam waktu Dubai. Saya akan tidur selepas satu jam pesawat berlepas ke udara.
Apa yang saya buat dalam masa sejam? Saya banyak membaca suratkhabar, majalah & bahan bacaan lain. Bila saya suka frasa2 tertentu, saya kena catit. Nak catit kat mana? Saya catit atas menu makanan. Habis conteng.
Kadang2 idea baru datang mencurah2 di udara. Kat mana nak simpan? Sekali lagi, menu adalah tempat catitan sebab ia memang berada di depan saya. Terus dicapai & dicatit.
Dalam pererbangan Dubai-KL pada 12/12 2019, jam 10 malam waktu Dubai, saya ada idea menulis buku baru bertajuk "Idea". Saya terus melakar beberapa tentatif bab kepada buku ini. Ini amat mahal. Ini sudah jadi separuh buku. Bila sampai di rumah, saya akan salin balik dalam buku catitan idea.
MDB